Profile Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Klang telah ditubuhkan pada tahun 1916 dengan nama Port Sweeternhem Malay. Bermula dengan sebuah bangunan sepanjang 60 kaki dan tiada bilik khas. Murid sulungnya seramai 70 orang dengan 7 orang tenaga pengajar.
      Pada tahun 1937 bangunan tambahan didirikan untuk menampung bilangan murid yang meningkat. Bangunan tersebut didirikan di atas tapak tanah seluas 4 ekar. Pada tahun 1937 bangunan tambahan dibina lagi iaitu 3 buah bilik darjah untuk menampung seramai 162 orang murid.
      Pada tahun 1966 semua bangunan sekolah yang telah dibina runtuh akibat ribut yang melanda disekitar Pelabuhan Klang. Pada tahun 1967 bangunan Blok A dan E sekarang dibina semula dengan kemudahan 6 buah bilik darjah, kantin, tandas guru, dan tandas murid dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Klang.



VISI

Menjadi sekolah pilihan utama di Pelabuhan Klang menjelang 2013

MISI


Menyediakan iklim persekolahan yang kondusif dan selesa bagi memastikan sekolah mengungguli kecemerlangan dalam kurikulun, kokurikulum, dan sahsiah di Pelabuhan Klang

No comments:

Post a Comment